PARTAKERS

Thursday, 5 July 2012

Hati ini dah setahun begini


Dear Mohd Nazmi,

Awak tahu, dah genap setahun hati ni begini. Setahun saya bahagia. Terima kasih awak. Susah-susah je.

4 Julai tahun lepas, kita baru nak kenal hati masing-masing. Nak tahu kegemaran awak, nak tahu apa yang awak tak suka, nak tahu sikap awak. Semua saya nak tahu. Awak baik sangat. Selalu buat saya terharu. Awak cakap dulu awak pemarah. Tapi, sejak kenal saya awak dah tak pandai marah. Awak cakap saya ubah awak. Err. Yes. Memang saya bangga awak cakap macam tu. Pandai amik hati nampak ;)

Awak semangat saya. Kalau saya tak kuat, awak tolong kuatkan. Kalau saya hampir give up, awak bangkitkan balik semangat tu. Saya ingat lagi sms awak;

'Hidup ni kadang-kadang banyak dugaan. Kalau kita sabar, tak mustahil hubungan kita bertahan lama. Walau apapun dugaan, sabar k. Kita hadapi sama-sama'. 

Banyak kali saya baca sms tu. Saya terharu. Dugaan banyak. Tapi, biar kita je yang tahu. Saya tak kisah apa orang cakap. Sebab saya percaya awak.

Sumpah saya bahagia. Maybe orang akan cakap, ye laaa baru setahun kapel memangla best. Tapi, orang lain tak pernah rasa apa yang saya rasa. Dalam setahun tu, boleh dikira dengan jari kita gaduh. Tak sampai 5 jari pon. Gaduh pun tak sampai 1 hari. Setengah hari pun tak sampai kot. Korang hado?

Saya belajar faham awak, saya belajar untuk tolak ansur. Semua tu awak yang ajar. Bahagia 1 tahun nilah hasilnya. Thank you again. Macam awak selalu cakap jugak, saya susah, awak pun susah. Saya senang, awak pun senang. Saya happy, awak pun happy. Saya sedih, awak pun sedih. Perasan kita sehati sejiwa. Macam tu lah kan. Kuikuikui.

You were born because you are going to be important to someone. That 'someone' is me. Happy 1st anniversary, boyfriend. Thanks for being a good boyfriend, and a bestfriend at the same time. Moga jodoh kita berpanjangan k. InsyaAllah, till Jannah. Amin. Sincerely, I heart you.



6 foot prints:

aReLaN said...

hohoho...hepi anniversary to both of u.moga berkekalan ye

LaLa mhdnor said...

semoga korang kekal sampai akhir hayat :)

xila riston said...

atotototo suweetttt.
bahagia2 selalu!

zulhilmi tempoyak said...

eheemmmm... komen. ;p

nuruashia said...

bestnyeee ade pkwe =) hek9!

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/.. FOLLOW ME BACK