PARTAKERS

Thursday 21 June 2012

Jom kenal orang Ogos!


Assalamualaikum si cantik dan si kacak. 

Memandangkan diri ini sudah selesai berhempas pulas dengan final exam, aku dengan jayanya online dengan rasa megah, angkuh dan bongkaknya tanpa timbulnya perasaan serba salah dan segan silu. 


Sedang aku syok ber-tweet <-- *do follow me :)*, ada sorang junior sekolah aku dulu post pasal ciri-ciri orang Ogos memandangkan aku termasuk dalam kalangan itewww *flips hair*  dan menjadikan aku eksaited nak tahu with details. Then aku terus kol Mr Google and terus dapat ciri-ciri yang begitu banyaksss sekali. Tapi, aku pick random je la. Ikut apa yang aku rasa macam betul & kena dengan diri ini sebagai orang Ogos. Btw, Mr Google kirim salam kat korang tau ;P




1) Mudah marah apabila dilawan cakapnya
Ni selalu berlaku kat rumah. Kalau Antara 3 beradik aku rasa akulah yang paling banyak bangkang cakap mak aku. Sebab aku degil. Jangan contohi aku tau. Tapi, kalau aku degil kalau aku tak salah. Kalau memang aku salah, aku diam je la. Redha kena bebel. Haha. Yes biasa la kan. Aku anak second. Orang selalu cakap anak second ni peel die lain2 dari yang lain. And, I admit it -,-


2) Fikiran yang berdikari
Ni bukan nak bangga aku ni baik ke ape. Tapi, aku memang tak nak menyusahkan parents. Aku dok boarding school, matrix and sampailah ke zaman Uni ni banyak ajar aku hidup berdikari. Hidup kat tempat orang maksud aku. Kalau dah jauh2 ni, aku tak nak mak bapak aku risau. So, kalau aku sakit teruk macam mana pun, aku tak nak bagitau sebab aku yakin aku boleh jaga diri. Kalau boleh aku nak bagitau benda yang baik2 je dekat dorang. Takmo bagitau benda yang boleh buat dorang risau. And aku memang elakkan benda2 yang buat parents aku risau.

3) Sangat cemburu
Cemburu tu biasalah kan. Tapi kalau aku cemburu aku diam. Aku tak nak la meng-eksperasikan diriku supaya 1 dunia tahu aku cemburu. Tapi aku kaji balik. Kalau cemburu tak bertempat kan annoying tu. Aku tanya balik kat diri sendiri 'Aku over sangat ke?' Kalau over, aku pupukkan rasa saling mempercayai kat pasangan kita. Alhamdulillah sampai sekarang memang takde masalah. Kalau hidup nak cemburu  and tak puas hati kat orang je, sampai bila nak bahagia?

4) Suka memimpin dan dipimpin
Aku ni boleh dikatakan agak fleksibel jugakla. Aku pernah jadi Pengarah Kelab means aku yang memimpin. Aku pernah jadi orang bawahan means aku dipimpin. Aku boleh jadi dua2. Aku boleh keje apa2 je tak kira aku di atas atau aku di bawah. Bagi aku yang penting, kerja jangan tension. Suasana friendly and enjoy kan best :D


5) Berbakat dalam seni lukis dan hiburan
Ini sangat YESSSS! Aku ni pencinta seni. Tak kira apa2 kecuali seni mempertahankan diri. Kahkahkah. Aku boleh melukis dan main alat muzik sikit2. Especially muzik. Earphone kat telinga tak penah tanggal kalau dok sensorang. Macam sekarang ni. HAHA! Kalau ada je lagu baru, terus berpinarpinar mata download walaupun line agak #%^&%$^ . Itu kelemahan sebab tandanya nafsu download kuat! Haish

6) Cepat sembuh kalau ditimpa penyakit
Ini bukan berlebih-lebih. Ini kelebihan. Korang ada tak macam aku? Kalau sakit, tak sakit sangat? Kalau sakit, aku cepat je sembuh? Okay flashback tahun 2007. Time tu bulan Ramadhan Exam dah nak dekat. Tanda2 chicken pox dah nampak tapi aku still tak rasa apa2 kecuali penat Yes, 1 of the simptom kita cepat rasa penat. So, aku yang bersekolah di Miri ni terpaksa la balik rumah kat Limbang cuti 2 minggu. Sepanjang aku sakit, aku tak rasa apa2 pun. Langsung tak rasa apa2 kecuali seluruh badan aku bintik2. Orang cakap kalau pegang biji tu rasa sakit tapi aku tak rasa apa pon. Aku tunggu jugak actually rasa sakit tu. Haha. Sampai aku balik sekolah kawan aku cakap aku macam tak kena chicken pox. Nampak muka je berbintik. Alhamdulillah. Allah tak bagi rasa sakit tu :')

7) Romantik, pengasih dan penyayang
Ehem. Nampak tak? Aku ni kalau nak cakap romantik, tak jugak kot. Tu atas penilaian yang dibuat oleh Mr Nazmi la ek. Haha. Pengasih dan penyayang itu YA. Aku sangat sayangkan orang2 yang ada di sekeliling aku. Tak kira family atau kawan2. Kalau dorang sakit, aku boleh rasakan sakitnya. Kalau boleh, aku pun tanggung sakit tu sama2. 


8) Sensitif tapi mudah dipujuk
Memang aku sensitif. Aku mudah rasa terharu . Mudah menangis walaupun benda kecik. Kadang2 aku rasa aku ni leceh. Tapi aku tak boleh control. Tapi sekarang much better. Kalau dulu selalu je nangis. Hampir everyday pun ada. Sampai boyfie pun dah masak perangai aku selalu je tanya 'sayang nanges?' Zzzz~ Tapi, aku senang dipujuk. Kalau aku majok berapa saat je tu. Sebab sebab sebab? Sebab aku memang macam tu :)


Well, ini untuk pengetahuan korang je. Banyak lagi.ni tapi ni je yang termampu. Tak semestinya korang non-Ogos korang tak perlu tahu benda2 cenggini. Maybe pakwe, makwe, secret admire korang lahir bulan Ogos. Kan kan kan. Kalau ada pendapat lain or rasa macam tak betul, saya terima. No offense okeh :)


Thank you page ini sebab bagi point yang buat otak aku rasa macam 'yela kan. aku macam tu jugak kadang2'. Hikss. Rasa macam buat essay BM time PMR kan. So, cikgu cantik, markah?


♥ XOXO 



Friday 15 June 2012

Ini baru cinta namanya. Aww! ♥



Kerinduan,
rindu yang tiada pengubatnya,
rindu yang tiada kesudahan,
rindu yang tiada pengganti.

Sayang,
masihkah dirimu menyayangiku,
masihkah dirimu mencintaiku,
masihkah ada perasaan itu?

Cinta,
Sayang aku cinta padamu,
cinta itu takkan hilang,
selamanya aku cinta sama kamu..


-NAZMI

... I don't know how to start. Grr. Puisi atas tu; he asked me to post it here. You know boy, I'm kinda busy lately. That's why you gave me this kan. Seriously, I'm touched. Tsk tsk.