PARTAKERS

Tuesday, 22 May 2012

restu parents

Assalamualaikum cik abang, kakak, adik yang comel dan kacak2 sekalian. Setelah sekian lama tak update, malam ni tangan kite gatal nak up entry. Dah sebulan dah kot. Kihkihkih. 


Dalam hidup korang, konfem banyak hal padehal yang korang rahsiakan dari parents korang kan. Aku macam tu jugak. Especially part couple. Dulu masa tengah syok bercinta monyet di sekolah walaupun dibelanja aiskrim Mat Kool sehengget setengah dari koperasi sekolah, haram nak cakap kat parents 'Maa, kite dah ada boiplen'. Kalau nak kena marah 3 hari 2 malam, buatlaa. HAHA. 




Yes. Mama I strict. Siap selalu pesan 'Jangan bercinta. Study dulu. Lepas habis study, baru boleh kapel. Bla bla bla...' Haaa. Aku tiap kali cuti dok memerap kat rumah, konfem mak aku pesan part tu. Tapi, aku ni degil. Kapel senyap-senyap je. Jangan sampai ketahuan dong! 


Nak dijadikan cerita, sejak aku bercinta ngan Mr Nazmi ni kan, For the first time family aku tau. Cousins, nenek, datuk, aunty, uncle semua tahu. Ni semua gara-gara pakwe aku gatal nak dapat restu parents aku la punya pasal. Yes. Die kol sendiri okay. Aku cuak jugak actually. Sebab aku tahu konfem Mama marah la lepas ni. Dahla memula Mama tahu, aku kena marah. Ok fine. Eh tak fine -.-'




Then, lepas tu esoknya Mama kol macam in a good mood tapi aku plak yang takde mood. Ye laa. Cerita semalam; percintaan tak direstu. Wuwuwu :( Cececeh. Then, tetiba Mama cakap dah dapat 'greenlight'. Alhamdulillah. Gembira tu hanya Allah yang tahu. 


So, sejak family aku tahu ni, semua benda smooth je. Kuar pun tak sembunyi lagi dah. Tiap kali keluar, mintak permission ngan parents senang je walaupun banyak soalan berbanding jawapan. Hahaha. Sebelum kuar, Mama wajib kol boyfie pesan apa yang patut. Yela. Anak gadis kuar dengan dengan lelaki, ibu mana tak risau kan. Ye dok. Apa benda aku bagi kat boyfie or boyfie bagi kat aku, Mama aku tahu. Pic kami sama pun Mama tahu dan jadi pengomen setia. And kadang-kadang time aku berdua ngan Mama, aku share cite pasal aku dengan si buah hati. And and and, Mama bagi nasihat jugak camana nak jaga hubungan. Kihkihkih.




So, kalau korang macam perangai aku dulu; contoh cakap nak kuar ngan kawan tapi actually kuar ngan boypren or gelpren korang, berhenti sebelum terlambat. Hahaha. Seriously, kalau dah dapat restu, InsyaAllah semua senang. Tapi, ini untuk kapel yang serius bercinta sahaja okay.


Harap maklum :)

6 foot prints:

Eza Boom Boom said...

aye honest je kalau keluar. hihik. tak mau tipu parents.. ngeh3.. :)

Lea Isnawi said...

belum bersedia nak bwk jumpa family

hehehe

aReLaN said...

hehehe...my parents memang tau pon ngan sape saya kuar.takyah nak sorok2 pon.insya-ALLAH bulan 8 ni kawen. :)

Cik Yatt said...

btul bile ade restu sngt tenang je nk bercinta..hee

♥nurul♥ said...

huiyohhhh bestnyaaaaaa dpt greenlight.klu sy,sllu ckp kluar dgn kawn.sbb tkut kena marah. hoho bilalaa mau terus trg ni ...:/

♥e'in♥ said...

mintak restu baru senang nak gerak mane2.. hehe