PARTAKERS

Friday, 20 January 2012

The 200th Day


Tahun 2002
Aku Darjah 5. Ko Darjah 6. Aku kenal kau tapi kau tak kenal aku. Cucu Ustazah Fatimah, guru KAFA aku. Bagi aku, ko la paling cute time tu; kecik, putih, selalu pakai songkok, ada tahi lalat kat dagu, ada lesung pipit. Ooooo hoii~ Why so cute arrr? But, just cute. No hard feeling. Hidup kau, hidup kau. Hidup aku, hidup aku.


Tahun 2007
Kau lepasan SPM. Kau buat part-time. Aku nampak kau. Aku ingat lesung pipit tu. Aku ingat senyuman tu. Semua still sama macam dulu. Tapi, ko dah tinggi. Member kau aku kenal. Aku cakap, aku kenal budak tu. Kami pernah 1 sekolah.


Tahun 2008
Kau selalu kirim salam kat aku. Aku jawab. Tapi, aku tak penah balas balik. Saje2 kot. Aku tak tau ko ada niat nak kenal dengan aku. Aku tak tau ko dah mula minat aku. Sebab aku tak nak ambil tahu & kau tak pernah bagitahu. Dunia kau, dunia kau. Dunia aku, dunia aku.


Mei 2011
Mid-sem break. Aku dengan kau part-time di tempat yang sama. Kaulah yang paling rapat dengan aku. Kita bertukar-tukar cerita, bergurau senda. Hanya kawan. Tak nak lebih. 


Jun 2011
Kau mintak no phone aku. Aku bagi sebab kau kawan aku. Kau cakap kau suka aku. Tapi, aku tak respon. Walaupun jauh di sudut hati memang aku dah mula suka kat kau. Aku suruh tunggu. Kita kawan dulu. Tapi, ko tak tahu aku sebenarnya tertunggu-tunggu bila kau nak tanya lagi.


Julai 2011
Kau tanya lagi. Aku happy. Aku rasa aku dah sedia. Aku terima kau. Kau boyfriend, aku girlfriend.


20 Januari 2012
Aku nak bajet Korean. Aku kira hari ni hari kita ke-200. 200 hari bersama kau sangat2 bermakna untuk aku. Aku bahagia dengan kau. InsyaAllah, kalau ada jodoh antara kita, aku terima. You should know; I'm too in love with you :D

18 foot prints:

Paris Lipton said...

alololo comeinye....say yes!! ><

aReLaN said...

hohoho...sweetnya la dia.moga kekal bahagia ye.

Eza Boom Boom :) said...

tinggal 165 hari lagi amu :) Hee. untuk setahun. kih3... ^^, semoga jodoh berpanjangan.

hazanis said...

ololo sweetnye..<3

Saddila said...

semoga kamu kekal ye . amin :))

Dila azie said...

Comel nyee , kisah awak !! *Jealous face* (:

CekbOlat-bOlat said...

cweetnyee.. wah lame lak tuh.. pendam dan pendam.. wahh..

InsyaAllah.. berkat doa nnt.. masjid akn terbina kukuh..

Anis Adila Aris said...

waa..sweetnya, suka2 masa sekolah dah jadi cinta-cinta bila dah besar :D

si ngokngek said...

tahu ler awak dah tergoda dhn dieww...ouch ouch..HAHA

happy foreeever

Muro'i El-Barezy said...

Berkunjung pertama...salam kenal ya..

Nazri Razra said...

Ini timeline terbaik nii. Sambung le lagii

Cik Lia Lomi said...

wah, sweetnya , mesti si dia gembira kan. :D

ekabukanmakcikkau. said...

ihhhh sumpah suwit gila kot . aku ingat sad ending baru nak skip hahahha .

azalia hjsalleh said...

haha part bajet korea tu so sweet =)
moga kekal hingga ke akhir hayat

Lady Milo said...

diari romantik!

Nurul Iman Rosman said...

serious ini sangat-sangat sweet,
jeles taw. hehe ;p

reenapple said...

sweet... semoga berkekalan..=)

chemay said...

auwmmmm.
jum kahwin!
hehe
:P